Tuesday, July 6, 2010

Fruit salad

How to cut fruit

Pengenalan kepada salad

Salad pembuka selera mempunyai saiz yang sederhana dan berfungsi sebagai ransangan selera dan tidak bertujuan untuk mengenyangkan.sebaliknya salad yang berfungsi sebagai hidangan utama mestilah bersaiz besar dan seimbang daripada segi pemakanan.Berbeza pula dengan saiz salad pengiring yang berfungsi sebagai pengimbang hidangan utama.Sekiranya hidangan utama agak ringan salad pengiring bolehlah daripada jenis yang mengeyangkan.Apabila fungsi salad sudah di tentukan maka aspek-aspek menyusun,warna,rasa dan tekstur bolehlah di pertimbangkan

Jenis-jenis salad

Salad sayuran.

Proses menyediakan salad merangkumi pengetahuan pelbagai jenis sayuran hijau yang sesuai di gunakan sama ada sebagai alas kepada salad ataupun sebagai bahan asas salad itu sendiri.Pelbagai jenis daun salad boleh di gunakan untuk menambah warna hidangan.Sayuran berdaun hijau boleh dimanfaatkan sebagai acuan salad dan sebagai bahan asas untuk menghasilkan kepelbagaian


Salad buah-buahan

Buah-buahan juga boleh di gunakan sebagai bahan untuk salad terutamanya salad untuk pencuci mulut.Salad ini biasanya di gaulkan dengan krim.Rasanya yang manis amat sesuai di jadikan sebagai penutup hidangan.Untuk menjadikan salad tersebut lebih menarik ia boleh di hidangkan dalam bekas daripada buah yang di keluarkan isinya seperti nenas dan tembikai.


Salad berprotein tinggi

Salad berprotein tinggi ialah salad yang menjadi hidangan utama,tujuannya adalah untuk mengenyangkan.Bahan-bahan yang tinggi proteinnya seperti daging,ayam dan makanan laut malah keju juga boleh digunakan.Kombinasi daging dan sayuran menghasilkan salad yang tinggi nilai pemakanannya.Chef salad adalah salad berprotein tinggi yang mempunyai keju,telur dan daging sebagai salah satu bahannya.


Salad bergelatin(serbuk/kepingan)

Salad jenis ini banyak menggunakan gelatin.Sebelum kita boleh menghasilkan produk gelatin yang baik,kita perlu memahami cara menyediakan gelatin.Terdapat dua tahap penyediaan gelatin :
- Melarutkan gelatin untuk menghasilkan larutan gelatin.
- Menyejukkannya untuk menghasilkan gel yang mempunyai tekstur yang di perlukan.Gelatin tanpa perasa lebih kasar daripada gelatin berperasa dan gelatin perlu di rendam di dalam air sejuk sebelum di gunakan.Jumlah air yang di gunakan sekadar cukup untuk membasahi semua gelatin.Proses merendam ini di kenali sebagai bloom.apabila gelatin sudah mengembang dengan sekata ia dicairkan secara pendidihan berganda sebelum dicampurkan dengan bahan lain

kategori salad serta fungsi utamanya...


Salad pembuka selera

Fungsi utama salad ini adalah untuk meransangkan selera.Hidangan pertama sebelum di ikuti sup,makanan utama dan dessert.Porsinya tidak boleh terlalu banyak sehingga mengenyangkan.Salad hijau adalah salad yang popular untuk memenuhi kategori salad ini.Kombinasi bahan seperti keju,udang dan isi ketam walaupun sedikit berupaya menambah daya tarikan.


Salad ringan

Kebiasaannya salad ini dihidang bersama hidangan utama,fungsinya sama seperti hidangan iringan.Kombinasi perlulah menarik.Sebagai contoh salad hijau segar bersama hidangan stik lada hitam atau coleslaw bersama burger.Hidangannya mestilah ringan serta tidak berlemak.Salad yang berat seperti salad yang tinggi kanji dan proteinnya haruslah dielakkan kecuali hidangan utamanya adalah ringan.

Salad hidangan utama

Salad hidangan utama mestilah cukup lengkap dan mengandungi kandungan protein
yang tinggi seperti daging,ayam dan makanan laut.Contoh salad hidangan utama
adalah seperti chef garden salad iaitu campuran sayuran hijau segar,hirisan daging,makanan laut serta keju.


Salad berasingan

Fungsi utama hidangan salad ini adalah untuk mencuci dan melegakan tekak setelah
menikmati hidangan yang berlemak serta berempah seterusnya menyegarkan selera
malah ia menghilangkan kesan makanan utama terutamanya yang berlemak sebelum
menikmati dessert.Contoh salad berasingan ialah salad campuran yang mempunyai
bahan-bahan sayuran hijau dan sayuran lain seperti timun dan tomato.


Salad dessert

Salad dessert selalunya manis dan mengandungi bahan-bahan seperti buah-buahan,gelatin manis,kacang dan krim.