Tuesday, July 6, 2010

kategori salad serta fungsi utamanya...


Salad pembuka selera

Fungsi utama salad ini adalah untuk meransangkan selera.Hidangan pertama sebelum di ikuti sup,makanan utama dan dessert.Porsinya tidak boleh terlalu banyak sehingga mengenyangkan.Salad hijau adalah salad yang popular untuk memenuhi kategori salad ini.Kombinasi bahan seperti keju,udang dan isi ketam walaupun sedikit berupaya menambah daya tarikan.


Salad ringan

Kebiasaannya salad ini dihidang bersama hidangan utama,fungsinya sama seperti hidangan iringan.Kombinasi perlulah menarik.Sebagai contoh salad hijau segar bersama hidangan stik lada hitam atau coleslaw bersama burger.Hidangannya mestilah ringan serta tidak berlemak.Salad yang berat seperti salad yang tinggi kanji dan proteinnya haruslah dielakkan kecuali hidangan utamanya adalah ringan.

Salad hidangan utama

Salad hidangan utama mestilah cukup lengkap dan mengandungi kandungan protein
yang tinggi seperti daging,ayam dan makanan laut.Contoh salad hidangan utama
adalah seperti chef garden salad iaitu campuran sayuran hijau segar,hirisan daging,makanan laut serta keju.


Salad berasingan

Fungsi utama hidangan salad ini adalah untuk mencuci dan melegakan tekak setelah
menikmati hidangan yang berlemak serta berempah seterusnya menyegarkan selera
malah ia menghilangkan kesan makanan utama terutamanya yang berlemak sebelum
menikmati dessert.Contoh salad berasingan ialah salad campuran yang mempunyai
bahan-bahan sayuran hijau dan sayuran lain seperti timun dan tomato.


Salad dessert

Salad dessert selalunya manis dan mengandungi bahan-bahan seperti buah-buahan,gelatin manis,kacang dan krim.

No comments:

Post a Comment