Tuesday, July 6, 2010

Fruit salad

How to cut fruit

Pengenalan kepada salad

Salad pembuka selera mempunyai saiz yang sederhana dan berfungsi sebagai ransangan selera dan tidak bertujuan untuk mengenyangkan.sebaliknya salad yang berfungsi sebagai hidangan utama mestilah bersaiz besar dan seimbang daripada segi pemakanan.Berbeza pula dengan saiz salad pengiring yang berfungsi sebagai pengimbang hidangan utama.Sekiranya hidangan utama agak ringan salad pengiring bolehlah daripada jenis yang mengeyangkan.Apabila fungsi salad sudah di tentukan maka aspek-aspek menyusun,warna,rasa dan tekstur bolehlah di pertimbangkan

Jenis-jenis salad

Salad sayuran.

Proses menyediakan salad merangkumi pengetahuan pelbagai jenis sayuran hijau yang sesuai di gunakan sama ada sebagai alas kepada salad ataupun sebagai bahan asas salad itu sendiri.Pelbagai jenis daun salad boleh di gunakan untuk menambah warna hidangan.Sayuran berdaun hijau boleh dimanfaatkan sebagai acuan salad dan sebagai bahan asas untuk menghasilkan kepelbagaian


Salad buah-buahan

Buah-buahan juga boleh di gunakan sebagai bahan untuk salad terutamanya salad untuk pencuci mulut.Salad ini biasanya di gaulkan dengan krim.Rasanya yang manis amat sesuai di jadikan sebagai penutup hidangan.Untuk menjadikan salad tersebut lebih menarik ia boleh di hidangkan dalam bekas daripada buah yang di keluarkan isinya seperti nenas dan tembikai.


Salad berprotein tinggi

Salad berprotein tinggi ialah salad yang menjadi hidangan utama,tujuannya adalah untuk mengenyangkan.Bahan-bahan yang tinggi proteinnya seperti daging,ayam dan makanan laut malah keju juga boleh digunakan.Kombinasi daging dan sayuran menghasilkan salad yang tinggi nilai pemakanannya.Chef salad adalah salad berprotein tinggi yang mempunyai keju,telur dan daging sebagai salah satu bahannya.


Salad bergelatin(serbuk/kepingan)

Salad jenis ini banyak menggunakan gelatin.Sebelum kita boleh menghasilkan produk gelatin yang baik,kita perlu memahami cara menyediakan gelatin.Terdapat dua tahap penyediaan gelatin :
- Melarutkan gelatin untuk menghasilkan larutan gelatin.
- Menyejukkannya untuk menghasilkan gel yang mempunyai tekstur yang di perlukan.Gelatin tanpa perasa lebih kasar daripada gelatin berperasa dan gelatin perlu di rendam di dalam air sejuk sebelum di gunakan.Jumlah air yang di gunakan sekadar cukup untuk membasahi semua gelatin.Proses merendam ini di kenali sebagai bloom.apabila gelatin sudah mengembang dengan sekata ia dicairkan secara pendidihan berganda sebelum dicampurkan dengan bahan lain

kategori salad serta fungsi utamanya...


Salad pembuka selera

Fungsi utama salad ini adalah untuk meransangkan selera.Hidangan pertama sebelum di ikuti sup,makanan utama dan dessert.Porsinya tidak boleh terlalu banyak sehingga mengenyangkan.Salad hijau adalah salad yang popular untuk memenuhi kategori salad ini.Kombinasi bahan seperti keju,udang dan isi ketam walaupun sedikit berupaya menambah daya tarikan.


Salad ringan

Kebiasaannya salad ini dihidang bersama hidangan utama,fungsinya sama seperti hidangan iringan.Kombinasi perlulah menarik.Sebagai contoh salad hijau segar bersama hidangan stik lada hitam atau coleslaw bersama burger.Hidangannya mestilah ringan serta tidak berlemak.Salad yang berat seperti salad yang tinggi kanji dan proteinnya haruslah dielakkan kecuali hidangan utamanya adalah ringan.

Salad hidangan utama

Salad hidangan utama mestilah cukup lengkap dan mengandungi kandungan protein
yang tinggi seperti daging,ayam dan makanan laut.Contoh salad hidangan utama
adalah seperti chef garden salad iaitu campuran sayuran hijau segar,hirisan daging,makanan laut serta keju.


Salad berasingan

Fungsi utama hidangan salad ini adalah untuk mencuci dan melegakan tekak setelah
menikmati hidangan yang berlemak serta berempah seterusnya menyegarkan selera
malah ia menghilangkan kesan makanan utama terutamanya yang berlemak sebelum
menikmati dessert.Contoh salad berasingan ialah salad campuran yang mempunyai
bahan-bahan sayuran hijau dan sayuran lain seperti timun dan tomato.


Salad dessert

Salad dessert selalunya manis dan mengandungi bahan-bahan seperti buah-buahan,gelatin manis,kacang dan krim.

Sunday, June 27, 2010

MESTI CUBA...


RINNCHAN'S STYLE WOK NOODLES
Bahan-bahan:200gm Mee Teow (Boleh guna mee sanggul juga), direndam dgn air panas12pcs cendawan kering, dibersihkan dan direndam dlm semangkuk air300gm ayam, dipotong kecil4 ulas bawang putih, diketuk5 sudu besar kicap2 sudu besar sos tiram1/2 camca teh lada putih1/2 camca teh lada hitam2 camca teh garam1 sudu besar gula3 sudu besar tepung jagung, dibancuh dgn 1 mangkuk airAir secukupnya2 biji telur
Cara-cara:Panaskan kuali dan tumis bwg putih dgn sedikit minyak.Masukkan lada putih dan lada hitam.Masukkan ayam. Kacau sehingga ayam agak masak.Masukkan kicap dan sos tiram. Masukkan cendawan bersama-sama airrendamannya sekali. Kuatkan api dan biarkan kuah menggelegak. Tambahkan airdan biar sehingga ayam dan cendawan lembut. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau hingga agak likat. Masukkangaram dan gula.Masukkan mee teow dan kacau rata. Boleh tambah air jika perlu.Akhir sekali, pecahkan telur tetapi jangan terlalu di kacau. Hidangan siap bila telur sudah mula mengeras sedikit. Hidangkan.





AYAM BAKAR MADU




Bahan-bahannya 4 ekor ayam spring chickenBahan untuk dikisar 2 sudu besar serbuk cili 2 sudu besar serbuk ketumbar 1 ½ sudu teh serbuk jintan halus 2 batang serai 1 inci halia 1 inci kunyit hidup ¼ inci lengkuas 2 ulas bawang putih (besar, jika kecil guna 3 ulas) 1 biji bawang besar 2 sudu besar air limau kasturi3 sudu besar gula pasir 3 sudu besar gula timbang 3 sudu besar madu garam secukup rasa serbuk perasa jika suka
Cara-caranya Ayam dibersihkan dan dilumur dengan rempah yang telah dikisar. Kemudian ayam diperap selama 30 minit, sebaiknya kalau boleh perap semalaman rasanya rempahnya akan lebih sebati dengan ayam. Panaskan ketuhar pada suhu 170 – 180’C. Atur ayam yang telah diperap diatas loyang dan boleh anda letak sedikit mentega supaya bila dibakar rasanya lebih sedap. Bakar selama 30 minit atau sehingga ayam tersebut masak. Sedia untuk dihidang.




GULAI AYAM NASI DAGANG


1 ulas Bawang Putih1 inci HaliaSedikit Lengkuas1 inci kunyit hidup3 batang lada kering (semua bahan ini ditumbuk halus)Ayam dipotong kecil2Santan pekatSantan cair1 sudu besar rempah kerutub3 sudu besar rempah kariSedikit air asam jawaSedikit Lada HijauSedikit GulaSedikit GaramTumiskan bahan-bahan tumbuk tadi hingga wangi. Masukkan rempah kari dan rempah kerutub. Tumiskan hingga pecah minyak. Masukkan ayam dan biarkan hingga ia bergaul sebati. Masukkan santan pekat dan gaul lagi hingga sebati. Kemudian masukkan air asam jawa dan santan cair, garam dan gula utk perasa. Biarkan mendidih dan kuahnya menjadi pekat. Angkat.




NASI AYAM GORENGBahan-bahannya 2 mangkuk nasi ayam ½ cawan sayur campur 2 biji telur sedikit serbuk lada sulah sedikit kicap cair secukup minyak untuk menumisCara-caranya Panaskan sedikit minyak, pecahkan telur dalam kuali dan goreng untuk pecah-pecahkan telur tersebut. Angkat dan ketepikan. Masukkan sayur campur, kicap cair dan serbuk lada sulah dan gaul rata. Masukkan telur yang telah diketepikan tadi dan nasi ayam. Gaul rata. Angkat dan letakkan diatas pinggan dan hidangkan bersama Ayam Goreng Madu/ Ayam Goreng Ketumbar dan Sambal Nasi Ayam.Nota: Warna Nasi Ayam Goreng haruslah coklat cair sikit. Resipi ini tidak perlu menggunakan bawang putih sebagainya kerana rempah tersebut telah pun ada sewaktu kita menyediakan Nasi Ayam.




NASI ARAB

Bahan1 kg beras bathmati [basuh dan toskan1.5 liter air500 gm ayam [potong kecil dan bersihkan]1 tin kecil kacang peas1 cawan kismis3 biji cili merah3 biji cili hijau1 pokok daun sadri [daun sup] ] hiris1 pokok daun ketumbar ]3 s/b minyak5 s/b minyak sapi2 s/b serbuk jintan manis ]1 s/b serbuk jintan putih ] bancuh ngan sikit airbawang gorenggulagaramBahan tumis5 ulas bawang merah ]3 ulas bawang putih ] mayang1 labu bawang besar ]3 cm halia ]2 inci kulit kayu manis3 kuntum bunga lawang5 kuntum bunga cengkih3 biji buah pelaga2 s/k jintan manis1 s/k jintan putih
Cara Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumiskan semua bahan tumis sehingga wangi.. Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sikit air. Kacau rata. Masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam. Biarkan mendideh. Masukkan beras dan masak saperti nasi biasa. Bila nasi telah masak taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis. Tutup sebentar.
Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh hidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori


AYAM TANDOORI

Bahan1 ekor ayam [potong 4 dan bersihkan]1 paket rempah tandoori MAGGI3 s/b cili mesin1 s/b serbuk kunyit
5 s/b tepung goreng ayam3 ulas bawang merah ]2 ulas bawang putih ] mesin halus2 inci halia ]garamCara Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 1 atau 2 jam. Bakar dalam oven yg dah dipanaskan suhu 220'C selama 1 jam. Bila dan masak lumurkan butter supaya nampak berkilat.










SUP AYAM PASTA PENNEBahan-bahannya1 paket (250 gram) pasta penne4 keping isi dada ayam1 batang karot, dibersihkan dan dipotong ikut suka3 biji kentang, dikupas kulitnya dan dipotong ikut suka2 liter air1 batang kayu manis3 kelopak bunga lawang3 biji bunga cengkih2 biji buah pelaga3 tangkai daun sup, dibersihkan dan dipotong sepanjang 2 inciSedikit bawang gorengGaram secukup rasaSerbuk perasa jika sukaMinyak untuk menumisBahan untuk dikisar3 biji bawang besar2 ulas bawang putih1 inci halia1 inci kunyit hidup1 sudu makan serbuk ketumbar1 sudu teh serbuk jintan halusBahan untuk Sambal Kicap5 batang lada merah10 tangkai cili padi thailand1 ulas bawang putih



5 sudu makan kicap

Cara-caranyaPanaskan minyak dalam periuk. Masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Masukkan juga bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau dan rempahnya masak.Masukkan air, isi dada ayam, lobak dan kentang. Biarkan kuahnya mendidih dan pastikan kentang dan lobak empuk.Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Kemudian masukkan daun sup dan sedikit bawang goreng. Padamkan api. Kuah telah pun siap dimasak.
Cara untuk menghidangRebus pasta penne mengikut peraturan di paketnya. Angkat dan toskan. Sewaktu merebus pasta boleh letak 2 sudu makan minyak, ini supaya pasta tidak melekat bila ia ditoskan. Isi dada ayam yang didalam kuah dikeluarkan dan disiat-siat. Ketepikan.Letakkan pasta penne kedalam mangkuk, tuangkan kuah dan letak juga karot dan kentang.
Kemudian letakkan isi dada ayam yang telah disiat-siat. Taburkan dengan bawang goreng dan hidangkan dengan Sambal Kicap.Nota: Enak dihidangkan panas dan jangan lupa Sambal Kicapnya.



Daging Hitam Manis
Bahan-bahan:Daging1 inci halia}dikisar3 ulas bawang merah}dikisar2 ulas bawang putih}dikisar1 biji bawang besar}dimayam1 sudu cili kisar3 sudu kicap manis2 sudu sos tiram2 sudu cili sosSedikit airMinyakGaram secukup rasa.
Cara penyediaan:Goreng daging sehingga masak.tumiskan bahan kisar hingga wangi.kemudian masukkan cili dan digoreng sehingga garing.masukkan kicap manis,sos tiram,cili sos dan sedikit air.akhir sekali masukkan daging yang telah digoreng dan bawang besar.kacau seketika dan sedia untuk dihidang.

US Sirloin steak maya_zakry@myresipi.com
Bahan-bahan ( 2 ) 400g stik US sirloin 1 biji kentang - dibakar 1 biji jagung 1 biji tomato Sedikit lobak merah, bunge kobis & brokoli Seasoning steak - kat tesco ade




BAHAN SOS
1 ulas b.putih- cincang 2 biji b.besar - cincang 2 sudu besar sos worchestershire - carik kat rak lea & perrins 1 sudu besar jus limau nipis 1 sudu besar kicap pekat 1 sudu besar mentega 1 sudu besar tepung jagung + sedikit air 2 biji tomato - buang biji + cincang 1 sudu kecil lada hitam
Cara-cara Bersihkan daging. Perap daging dengan seasoning steak selama 1 jam Panggang daging hingga masak. Atau masuk oven je. Sementara tunggu tu, rebus carrot, bunge kubis ngan jagung dgn secubit garam hingga lembut. Toskan Panaskan mentega dlm periuk. Tumis bawang yg dicincang tadi sampai berbau. Masukkan bahan sos yg lain dan kacau hingga pekat. Bubuh daging dan sayuran dlm pinggan. Hidangkan dgn sos kite tadi.




Telur Goreng ala Thai
Bahan-bahan:Telur rebusBawang merah - cincangBawang putih - cincangCili kering - hirisCili padi - hirisKicap ikan GulaAirDaun supBawang goreng
Cara-cara:
Telur rebus digoreng hingga kecoklatan. Ketepikan. (potong 2) Masukkan bahan cincang. Biar sampai wangi.Masukkan pula bahan hiris. Kacau sebati Masukkan kicap ikan, gula dan air sikit. Tuang atas telur dan tabur ngan daun sup dan bawang goreng.
Roti Telur Mayo oleh: m3rni3 Bahan-bahan ( 4 orang )
5 biji telur rebus, dikupas kulitnya garam dan lada putih, secukupnya 4 sudu makan mayonnaise daun lettuce tomato, dihiris 8 keping roti sandwich margarine
Cara-cara
Satukan telur, garam, lada putih dan mayonnaise dan kacau rata. Sapukan margarine di atas roti than langsung sapukan telur mayo tadi.Top kan dengah daun lettuce dan hirisan tomato. Akhir sekali, lapik kan dengan sekeping lagi roti.






ROLL SOSEJ DAN SOS UNIK
Bahan-Bahannya:-8 keping roti sandwich Gardenia (brand lain pun ok)8 batang sosej ayam, celur 5 minit, angkat dan toskan2 biji telur1/2 camca teh serbuk lada sulah2 camca besar bijan1 camca besar tepung gandum*Sedikit air*(*disatukan hingga menjadi pes pekat)Minyak untuk menggorengBahan Sos:-2 camca besar mayonise1 camca besar sos tomato2 camca besar sos cili1 ulas bawang putih, cincang halus10 biji jeruk capers, dicincang halus
Cara membuatnya:-UNTUK ROLL SOSEJ:- Leperkan setiap keping roti dengan torak (alat penggelek pastri) hingga leper. Ketepikan.Ambil sebatang sosej, letak dibahagian pangkal roti dan gulung hingga ke hujung, sapu degan pes tepung sebagai gam dan lekatkan roti tadi. Buat hingga habis.Dalam satu bekas, pecahkan telur, campur serbuk lada sulah dan kacau hingga rata. Celup roti gulung tadi dan golekkan dgn sedikit bijan. Goreng dalam minyak panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel. Goreng gunakan api sederhana. Potong ikut suka dan hidangkan bersama "sos unik".SOS UNIK:- Satukan semua bahan2 untuk sos dan kacau hingga rata dan sebati. Hidangkan bersama roll sosej tadi..